Monday, May 3, 2010

KHASIAT BUAH TEMBIKAI

Nabi Muhammad SAW turut memakan buah tembikai selain daripada buah tamar. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi merekodkan, Aisyah RA berkata: “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama buah tamar basah”.






Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula. Ia juga mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Hal ini dilaporkn di laman web Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta. Mengikut para pengkaji dari Universiti Harvard, lelaki yang banyak mengambil makanan yang mengandungi lycopene mempunyi risiko rendah menghidap penyakit kanser prostat. Selain itu, buah ini juga kaya dengan vitamin C dan beta karotena. Kedua-dua ini merupakan antioksidan yang diperlukan dalam memperbaiki sel-sel badan yang rosak di samping mencegah kanser. Menurut satu kajian yang dijalankan di Universiti Harvard, beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.


Tambahan daripada itu, tembikai kaya dengan kalium (potasium). Apabila seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia memperoleh lebih kurang 825 mg kalium, iaitu zat logam penting yang berperanan merendahkan tekanan darah. Hal ini pernah dinyatakan oleh Dr. George Webb, Prof. Madya dalam bidang fisiologi dan biofizik dari Universiti Vermont College of Medicine. Kalium juga berfungsi menghalang kolesterol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.


Di samping kalium, ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung. Mengikut Prevention’s New Food for Healing Guide, kajian yang dilakukan ke atas 4 000 orang mendapati, bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil asid folik dengan kadar yang berisiko 60 peratus lebih rendah mengalami kecacatan otak dan saraf tunjang berbanding bayi-bayi lain.

* Sumber:
Danial Zainal Abidin (2009). Quran Saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong Sains. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.

Surat UntukMU....

Bismillahirrahmanirrahim..

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku.

Sahabatmu,
Ezrulshah Nizam

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.
sumber:http://www.kpwkm.gov.my/

Sunday, May 2, 2010

SEMESTER INI...!!! Pengalaman "TER"indah

Alhamdulillah...nie post aku yg ke 2 setelh sekian lame berdiam diri...ok la...yg nie aku nak cerita pasal aku...adoiiiiiii.......first dapat berita yg batch aku hotel and tourism akan berpindah ker puncak alam....haishhh....baru jew nak merasa kehidupan kat s.alam...tp shah tue dah betukar jadi puncak (puncak alam lah...)...oh...Tertekanyer...ah kesah per...di pendek cerita..gigih la pergi mandaftar dgn kekawan kang senang dapat satu rumh...time tue member yg hantar..TERIMA KASIH SYAMINUDDIN...sbb tolong aku time tue...bile sampai sini excited giler tgok bagunan yg serba serbi vouge dan futuristik (kekonon la kan) aku dapat kolj A4503B...

Mggu pertama cari kelas cam HARAM..kehulu kehilir mencari kelas...last2 NON ADO...!!! (xdew lah maksudnye
)...last2 dapat tau gak kelas kat FF2 rupenyer...kat sini mmg best mase awal2 sem tue teruja la dgn keindahan alam semulajadinya hari2 g jogging nak jage kesihatan konsepnyer...dng kawan2... last2 bolh nyanyi lagu PUDAR..semua beragan nak cantik ,kurus la...fit la...MACAM2 PE'EL ADE...yela sebb semakin naik semester semakin busy la..(nie hypothesis mase bljr sains zaman sekolh) QMT bru nak bljr...

kelas semua ok...lectr semua ok..yg bestnyer aku tukuang ambik laptop dan wayer..wah jd juru teknik partime lak aku kat sini...tuk kels CTU jew...kelas lain ader juruteknik lain..tp kadang terpaksae turun padang gak..sebb RASE TERPANGGIL MENOLONG KAWAN2 YG MEMERLUKAN" (trademark aku time diploma dulu kat melaka)..wah gitu lakan...!!!

Sebut pasal assigment semua OK....dapat kawan2 baru dari yg xkenal dah rapat..yela kenala peramahkan jgn la sombong giler...seronok bile dapat kawan2 baru kan...!!! hehehe...buat kerja same2 gi shoping kat bawah level 3 same2..hahaha.. padahal kedai photostat jew kot...gi kelas dan balik kelas same...yg best dan paling aku gemari (ceh... padahal xgemar) ialah klu aku mals gi kelas naik motor aku dgn kawan suke guna alternative nie pun klu nak jimat iaitu
'tangga batu cave"yg sangt moden dan contemporary (ader ker isitlah taggo contemporary) padahal nak tercabut kaki turn naik tagge nie....tp dari sudut kesihatan ianya bagus untuk pembakaran lemak di badan xcaye tryla.....nie penting untuk latihan fizikal, kot2 la lepas nie nak daki bukit atau gunung so dah ader pengalaman...


nie tanggo ala "batu cave" futuristik tue.

sekarag nie dah final so...good luck untuk korg semua, selamat maju jaya aku doakan untuk korg semua..dan make sure dapat keputusan yg meletop2..pop pop..!!! so next sem dah duduk luar kene cari rumh sewa kang kene la jadi camar pulang petang. pergi kelas pagi sah2 la balik petang. xnyer pengsan nanti. nak2 lagi bulan puasa loglai la seluruh tenaga dan usha kami untuk mencapai cita2 tersebut (dah cam bacaan ikrar lak)..kesian kat kitorg wahai UiTM dihati ku (wah tetap la kan utim di hati ku)...gitu la hakitatnye. kehidupan selgi bergelakr mahasiswa konsepnyer kene la bersusah payah.....ok la nanti aku sambung kesinangbungan kesah nie...di lain waktu nak bace buku luse ader paper tourism destination palnning....daaaaaaaaaaa......jumpe lagi...!!!

Wednesday, March 31, 2010

My first blog....



Salam....first sekali aku rase happy sbb akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak buat blog nie....sblm nie ada buat blog gak kat friendster tp dah lame x buka Fr...so cam dah x active sngt la nak update...2nd selamt berkenalan kpd semua pembaca blog..nama aku Shahrul atau name glamor kat Uitm Melaka dulu org panggil Kobat....hanya org2 tertentu jew yg panggil dgn gelaran tue...name komersial org paggil shahrul jew la, klu lg glam akak2 ( nyah2, rempit, pondan2) paggil aku sychsha...diorg ingat aku nie adik2 scha alya ker...kekeke...wah....!! gitula kan....so dlm blog nie aku nak kongsi pendapat, story mory pasal kesah aku, dan mencari kenalan...so aku harap aku dapt menfaatkan sebaik mugkin pasal blog nie....xkisah pasal ape pun gossip ker, cite panas ker........opsssssssss....!!!!.....hahaha.....akhirkata ape yang baik tue datang dari Tuhan dan ape yg xbaik tue datang dari kelemahan diri kita sendiri.........